HOW TO ORDER

Showing posts with label pantai. Show all posts
Showing posts with label pantai. Show all posts

Tuesday 11 November 2014

Short Getaway with Le Familia~~PD

Sekejap nya dah 11/11. Rasa macam baru semalam je masuk bulan November.

Awal November haritu which is on 1/11 I bawak the whole family utk pergi bercuti. Nama pun short getaway makanya kita pergi tempat yg dekat dan jimat which is Port Dickson. Hehe. Memang dah lama dah teringin nak bawak family jalan2 guna duit sendiri Alhamdulillah berkesempatan. Semoga dimurahkan rezeki dan dapat dijadikan aktiviti tahunan walaupun dah berkeluarga nanti.

I and ateh gerak dari KL selepas habis kelas tuisyen. Ibu, abah, adik & uda gerak dari Melaka. Patutnya check in pukul 3 tapi almaklulmlah jam kat Nilai-Seremban kami check in pukul 4.30 gitu. Kami check in di Paradise Lagoon Apartment bersebelahan dengan Corus resort. Sampai2 solat Asar semua terus turun laut. Nak tunggu apa lagi kan. Kalau boleh nak terjun je dari apartment tu. Lol.


feeling2 sikit tepi pantai. 



 memang sengaja pilih port yg takde org. nak huha sakan pun tak segan. 



ateh tu bajet pelancong sangat dengan sunglasses besar dia. Ni intro sebelum mandi, kat sini banyak sangat batu sakit woo. 


ini kali yg keberapa tah kapal terbang duk lalu lalang. 


konon nak tengok sun set, terlindung di balik awan. 


Habis mandi naik apartment siap2, lepas Maghrib kitorg adik beradik kua carik makan. Tapau je sebab abah taknak keluar. Malam tu kan final Piala Malaysia JDT vs Pahang. Takde bergambar sangat pun sebab tension gila PD jam gileee macam KL. Dah la balik apartment takde parking. Tawakal je la parking kat tepi jalan. 

Esok lepas Subuh semua siap2 nak sambung mandi pantai lagi. Kitorang pilih pantai apa tah tapi depan dengan Hotel Seri Malaysia. 


kelakar pulak bila candid gambar ibu ni. 



di tepi pantai yg indah. ecece.. hehe 


walaupun JDT kalah, I pakai la jersi ni utk support abah. gitu kan. 


Air surut je, agak tak berapa best tapi we don't care. Lepak dengan family yg BEST. So balik apartment pukul 10 nak siap2 utk check out. Kebetulan Angah & Abang Ngah pun nak jumpa before kami balik. 



eh baru perasan gambar uda tak banyak. haha


adik sepatutnya nak pose tak pandang kamera, memang tak a nak bagi can kan. 


wefie dulu sebelum check out. gambar tak berapa clear dan inilah yg paling clear selepas beberapa take,


Check out pukul 12 dan Abang Ngah ajak lunch Nasi Arab dulu kat PD. Nasi arab pun nasi arab lah lapar dah weh mandi manda.



kami order set untuk 5 orang je sebab tau dah portion dia banyak and betul ngam2 untuk kami berlapan. 


ibu ni lelap mata pulak. haish..


big boss kami untuk lunch hehe. Nampak tak baby bump Angah tuu,..



free style katanya..

Makan makan dalam pukul 2 macam tu kami pun bergerak meninggalkan PD. Till we meet again PD. peh balik tu drive punya lah mengantuk, adik2 I semua bantai tido dalam kereta. Sabar jelaa. 

Semoga dimurahkan rezeki dan dapat bawak family jalan2 tempat lain pulak pasni. Aminn. I love u my family. mmuuahhh!