HOW TO ORDER

Wednesday 26 November 2014

#UdaKonvo

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. 

Akhirnya setelah 3 tahun berhempas pulas Uda sekarang adalah diploma holder. yeayyy!!! Kami semua excited dan gembira untuk Uda. 

Teringat dulu masa nak pilih course utk apply UPU. Uda tanya nak amik course apa ni. Aku taktau lah. Sebab dari SPM uda target nak amik Aeronautik. Budak Sekolah Teknik katakan. And I sangat support dia nak amik course tu sebab dulu2 rasa macam cool je awek2 yg amik Engineering course ni. Bahaha. Tapi apakan daya ada subjek dalam SPM yg tak berapa ok menyebabkan Uda tak bole amik Aeronautik. So terus Uda blur taktau nak apply course apa. Dah dari SPM lagi dia takde Plan B. Nak apply private college mana lah kami mampu.

So I kata kat Uda, apa kata kau apply Account (mentang-mentanglah I amik acount). Taknak lah Account. Then, I kata ok apa kata kau apply Investment Analysis. Uda punya muka macam tu punya la berkerut. Nama course pun macam scary dah. I cakap kat dia ok lah course tu, I believe you can do it. Dia pun macam yakin tak yakin apply lah Investment Analysis as first choice yg lain2 I tak ingat. Kan ada 8 course boleh pilih. And of course lah pilihan pertama yg dia dapat which is Investment Analysis UiTM di UiTM Segamat. Masa dia masuk Segamat, I masih lagi study kat sana. Final year.

First year I tengok Uda agak struggle. Pernah jugak dia mengadu susah sebab yelah masa sekolah belajar Lukisan Kejuruteraan, Engineering segala bagai. Tiba2 kat U segala macam no dan formula finance nak kena ingat. I try to help her as much as I can sebab takut jugak weh I yg cadangkan Uda amik course tu. Kang buat nya dia kat nak drop tengah jalan, Nauzubillah. But year to year I can see Uda progress through her result. Final sem dapat 3.88 kot. OMG!! I pun tak pernah dapat result macam tu. CGPA Uda 3.44 sikitt je lagi nak 3.5. Takpe Uda, Do your very best utk degree nanti Insya Allah dapat Anugerah Naib Canselor. Aminnn..

Sekitar konvo Uda haritu, Enjoice!

Wefie dgn Adik, Mak Teh & Tica sementara diorang dalam dewan konvo.

Punya lah neves standby kamera tunggu nama Uda dipanggil sebab takut terlepas,

Kalau kakak dia excited, this 2 person mesti lah lagi excited. And we know Mak pun happy kat sana.

Punya lah I excited dengan belon tu, zaman I konvo takde belon pun. Tua sangat ke? Sobs.

Lepas ni turn Ateh, then Uda balik, lastly Adik.


My siblings and I love them so much!


Gojes sungguh Mak Teh di situ. Thanks Mak Teh for everything.

Acah2 konvo Master.


Layankan lah permintaan si Uda nak bergambar kat Laman Seni Seksyen 7. Takpe2 perantin kat harini. 





Mak, Insya Allah impian Mak nak anak-anak Mak semua grad U dengan cemerlang akan tercapai. This is for you. Thanks sebab melahirkan dan menjaga kami walaupun sekejap. Thanks to both of u Abah & Ibu atas segala susah payah membesarkan kami. Terima kasih atas segala nasihat, marah dan segala-galanya. Kalau tak kerana ketegasan Abah & Ibu, tak mungkin kami di sini. Esok 27/11 merupakan Anniversary abah & ibu. Happy 16th Anniversary Abah & Ibu. Teruskan bercinta hingga ke akhir hayat. Hihi. 

Wednesday 12 November 2014

Persediaan Menjelang Hari Bahagia

Assalamualaikum semua.

Pagi ni bos I MIA so boleh la curik2 tulis blog. Ha jangan nak mengata I tak buat kerja, kerja ofis gua dah beres ok! 

Sekarang ni kat ofis hari2 officemate akan mengusik2 I:
"Wahh, tak lama je lagi nak kawin"
"Maz, Melaka kat mana. Nanti bagi map betul2 tau senang kitorang nak datang"

Tinggal 78 hari lagi menjelang hari bahagia I. So apa persiapan2 yg I lakukan. Iols tau mesti ramai yg kat luar sana pun sama macam I tgh menghitung hari bahagia. 

1. Beli barang persiapan sikit-sikit. 

Untuk pengetahuan uols, barang2 hantaran untuk nikah majoriti kami dah beli dari tahun lepas eg handbag, kasut, gadget etc. memang kami plan untuk beli satu barang setiap bulan. Jadinya takdela nanti lari bajet. Kita memang bole kata ala kumpul duit pastu kita beli sekaligus. Buatnya ada emergency kita perlu gunakan duit, dah terpaksa gunakan duit yg diasingkan utk beli barang hantaran. 

Kalau ikutkan bunga telur, doorgift beg tu semua kami nak beli siap2 jugak tapi ibu kata jangan dulu semak rumah. Baik ibu.


Suka kaler bunga telur ni tapi macam dah lari tema la pulak. 

2. Amalkan supplemen secara konsisten

Dah tentu I ni distributor Shaklee, of course la I makan vitamin Shaklee untuk menjaga kecantikan luar dan dalam. Fokus untuk SIHAT, CANTIK itu BONUS. Kalau cantik tapi tak sihat pun apa guna kan. 

Memang la akan ada yg kata ala takpela muka berjerawat, kusam sekalipun nanti kawin kan mekap. Alahai, nanti dah lepas kawin takkan nak bermekap je sepanjang masa. Terkejut kang bakal suami tengok muka bini tanpa mekap. Natural beauty tu kan best! 

Yang bestnya vitamin Shaklee ni boleh dijadikan masker jugak tau. Jimat betul? Boleh makan, boleh minum boleh jadikan masker lagi. Nak lagi best add on Shaklee Collagen Powder. Bukan muka je, satu badan akan rasa perubahan. Nak bagi bakal suami sayang kena la usaha lebih sikit. Hehe . 


Masker ESP plus olain yogurt ni buat seminggu sekali je cukup.

 
Selain dari vitamin Shaklee, I juga peminat setia Nutriwhite Foaming Cleanser & Purifying Shampoo dari Shaklee ni. Muka jadi lebih segar & tak berminyak. Rambut pulak makin lebat & lembut. 

3. Banyakkan bahan bacaan ilmiah. 

Kursus kawin kami dah attend last year lagi, advance tak? Haha. Banyak sebenarnya yg kita kena belajar sebelum menjadi suami atau isteri ni. Kursus kawin tu je tak cukup. Saya suka baca buku2 dari Dr Tuah. Memang banyak gila koleksi dia. Selain dari tu buku2 luar pun membantu seperti Men are from Mars, Women are from Venus. 

Kita ni nak hidup selama-lamanya dengan pasangan kita so kena la study cukup2. Sedangkan nak interview kerja pun kita study pasal company, current issue etc inikan pulak untuk berumah tangga. 


Gambar ihsan dr fb Dr Tuah, tak sempat nak snap picture semua koleksi yg I ada. 

Kalau korang dan pasangan tu keje nak bergadoh je memang sesuai sangat baca buku ni. I dah habis baca bagi Dayat baca jugak sebab kalau kita sorg je baca pun tak jalan. 

4. Belajar dan rajinkan diri untuk memasak.

Kan orang dulu2 selalu kata perempuan belajar pandai macam mana pun ke dapur jugak akhirnya. I tak nafikan kebenaran statement tu. Sebab i percaya yg bila makan di rumah bersama keluarga adalah penguat kasih sayang antara keluarga. Tengok macam ibu I, abah I bukan jenis lelaki yg melepak kat kedai kopi kalau nak makan kat luar pun mesti bawak family. Kalau keluar jalan pun abah nak makan kat umah jugak yg ibu masak. Kan best tu bila suami kita suka makan masakan kita. 

Sebab tulah I gigihkan jugak untuk memasak walaupun penat bekerja. I nak jadi macam ibu dan abah. Yg mana abah hanya suka makan masakan ibu. Kalau pandai masak tapi tak rajin pun tak jalan jugak kan. Even sekarang pun kami dah mula praktikkan. I akan masak dari rumah dan buat bekal untuk 2 org. Disebabkan kerja kami yg fleksibel, kalau dayat free dayat datang ofis i amik bekal. Kalau i free, i akan hantarakan bekal kat ofis dia. Jimat tau. Kalau masak nasi goreng modal baru berapa je. Tak sampai rm3 pun sekali masak (telur, nasi, ayam cincang, sayur). Kalau makan kat lua rm3 sorang pun tak lepas!


Nasi goreng cinta kasih sayang. Hahaa 


Kalau rajin sikit, I masak la lauk2 macam ni. 


So bride-to-be di luar sana, boleh la tiru macam I. Or maybe uols ada idea lain yg boleh dikongsikan meh la share. Bos i dah masuk ofis tuu, kena letak hp jauh2. Peace! :) 


Tuesday 11 November 2014

Short Getaway with Le Familia~~PD

Sekejap nya dah 11/11. Rasa macam baru semalam je masuk bulan November.

Awal November haritu which is on 1/11 I bawak the whole family utk pergi bercuti. Nama pun short getaway makanya kita pergi tempat yg dekat dan jimat which is Port Dickson. Hehe. Memang dah lama dah teringin nak bawak family jalan2 guna duit sendiri Alhamdulillah berkesempatan. Semoga dimurahkan rezeki dan dapat dijadikan aktiviti tahunan walaupun dah berkeluarga nanti.

I and ateh gerak dari KL selepas habis kelas tuisyen. Ibu, abah, adik & uda gerak dari Melaka. Patutnya check in pukul 3 tapi almaklulmlah jam kat Nilai-Seremban kami check in pukul 4.30 gitu. Kami check in di Paradise Lagoon Apartment bersebelahan dengan Corus resort. Sampai2 solat Asar semua terus turun laut. Nak tunggu apa lagi kan. Kalau boleh nak terjun je dari apartment tu. Lol.


feeling2 sikit tepi pantai. 



 memang sengaja pilih port yg takde org. nak huha sakan pun tak segan. 



ateh tu bajet pelancong sangat dengan sunglasses besar dia. Ni intro sebelum mandi, kat sini banyak sangat batu sakit woo. 


ini kali yg keberapa tah kapal terbang duk lalu lalang. 


konon nak tengok sun set, terlindung di balik awan. 


Habis mandi naik apartment siap2, lepas Maghrib kitorg adik beradik kua carik makan. Tapau je sebab abah taknak keluar. Malam tu kan final Piala Malaysia JDT vs Pahang. Takde bergambar sangat pun sebab tension gila PD jam gileee macam KL. Dah la balik apartment takde parking. Tawakal je la parking kat tepi jalan. 

Esok lepas Subuh semua siap2 nak sambung mandi pantai lagi. Kitorang pilih pantai apa tah tapi depan dengan Hotel Seri Malaysia. 


kelakar pulak bila candid gambar ibu ni. 



di tepi pantai yg indah. ecece.. hehe 


walaupun JDT kalah, I pakai la jersi ni utk support abah. gitu kan. 


Air surut je, agak tak berapa best tapi we don't care. Lepak dengan family yg BEST. So balik apartment pukul 10 nak siap2 utk check out. Kebetulan Angah & Abang Ngah pun nak jumpa before kami balik. 



eh baru perasan gambar uda tak banyak. haha


adik sepatutnya nak pose tak pandang kamera, memang tak a nak bagi can kan. 


wefie dulu sebelum check out. gambar tak berapa clear dan inilah yg paling clear selepas beberapa take,


Check out pukul 12 dan Abang Ngah ajak lunch Nasi Arab dulu kat PD. Nasi arab pun nasi arab lah lapar dah weh mandi manda.



kami order set untuk 5 orang je sebab tau dah portion dia banyak and betul ngam2 untuk kami berlapan. 


ibu ni lelap mata pulak. haish..


big boss kami untuk lunch hehe. Nampak tak baby bump Angah tuu,..



free style katanya..

Makan makan dalam pukul 2 macam tu kami pun bergerak meninggalkan PD. Till we meet again PD. peh balik tu drive punya lah mengantuk, adik2 I semua bantai tido dalam kereta. Sabar jelaa. 

Semoga dimurahkan rezeki dan dapat bawak family jalan2 tempat lain pulak pasni. Aminn. I love u my family. mmuuahhh!