HOW TO ORDER

Showing posts with label menu buka puasa. Show all posts
Showing posts with label menu buka puasa. Show all posts

Sunday 29 June 2014

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, Cik Glam masih lagi diberi kesempatan untuk menyambut Ramadhan yang penuh keberkatan ni. Syukur! :)

Gambar ihsan En Google


For those yang tak pernah mengenali diri ini, Cik Glam atau nama sebenarnya Mazlila. Apahal Glam? Suka hati aku lah. Ok kasar sangat, tahu lah orang Melaka. Sebab Cik Glam suka segala benda yang membuatkan diri ini dan orang lain nampak Glamour seiring lah dengan nama blog iols kan GlamFeverever. Gituuu!

Dan salah satu ciri-ciri untuk menjadi Glam dengan consume Shaklee lah of course! Rasanya tak perlu nak cerita panjang lebar pasal Shaklee ni. Mana-mana boleh nampak even billboard kat highway pun ada. Ok cerita pasal Shaklee kita buat entri lain.

Benda yang paling famous amous bila bulan Ramadhan ni of couse lah Bazar Ramadhan kan. Tapi frankly speaking Cik Glam tak berapa minat ke bazar ramadhan. Dah la ramai orang, makanannya belum tentu lagi sedap. Opps!

Sempena first day Ramadhan ni, of course lah Cik Glam mengambil kesempatan pulang ke kampung untuk menyambut Ramadhan bersama keluarga tersayang. Tahun depan belum tentu lagi dapat bersama, sobs sobs. Harini ibu Cik Glam yang sememangnya pakar dalam bab memasak ni masakkan kami Asam Pedas Ikan Tenggiri sebagai menu buka puasa hari ini. Nyum nyum. Barulah Melaka wehh.

Gambar ihsan En Google lagi, lauk sebenar masih dalam periuk :D

Ha, dah kecur liur lah tuu. Ingat Cik Glam tak nampak. Ok lah membebel untuk hari ini, nanti kita sambung entri lain. Cik Glam nak masak nasi pulak, kang ada yang meratah lauk je pulak. Selamat berbuka puasa untuk yg berpuasa. Jangan makan kenyang sangat kang tak larat nak solat terawih. Ramadhan setahun sekali je, so jom kumpul pahala banyak-banyak. Enjoice!

Mazlila 
010-2422790
Agent Shaklee yang turut sama berpuasa.