HOW TO ORDER

Thursday 18 September 2014

Perangai Mak-Mak Katanya.

Assalamualaikum & Selamat Petang semua...

First time ni I berblog melalui apps 'Blogger' through phone. Sementara tunggu bos I, meh la main conteng2 kat blog yg dah berasap ni. 

I sekarang ada satu habit which is OBSES memasak. Sebelum ni pun I memang rajin masak. Ehem. Tapi takde la sampai tahap nak carik resepi2 baru. Masak yg simple2 je lah asalkan kenyang perut. 

Ni semua selepas I join satu group kat FB Resepi Ringkas ( pengaruh Ummi Suzi lah ni 😜). Mak aii hari-hari diorg ni rajin upload gamba dan resepi2. Mau I tak terliur. 

Mula-mula I buat Choc Moist cake. Sanggup beli steamer semata nak buat kek ni. Padahal tahun depan nak kawin kan boleh tunggu org bagi hadiah. Ok perasan 🙊. 


Deco memang out tapi rasa dia marvellous ok utk beginner macam I. 


Amacam, tempting tak? 


Nah ni resepi utk uols yg nak mencuba. 

Tak habis setakat tu, selang beberapa hari I masak Nasi Lemak Kukus. Alang-alang dah beli steamer kan baik gunakan sepenuhnya. Senang je masak Nasi Lemak Kukus ni, mula2 masak dalam periuk nasi macam biasa, bila nasi dah nak kering tu uols pindahkan ke dalam pengukus. Biarkan sampai dia masak. Setel! 



Actually nak buat sambal sotong tapi tah kenapa dia hari I cari sotong tak jumpa. 

Untuk lunch tadi, I masak ikan bawal masak sweet sour and sawi goreng. Bila I masak? Malam tadi laa. Tak penat ke? Penat la jugak tapi puas hati masak sendiri. Makan kat luar dah la mahal rasa pun tah kemana-mana. Kalau hari2 makan luar tahun depan pun belum tentu I dapat kawin. 😂😅. 


Beli ikan bawal sebab ada offer kat AEON, kalau tak jangan harap nak makan ikan mahal. Haha


Selain dari makan Vitamin Shaklee, kena jugak makan sayur-sayur ni. 😊


Tunang I kata perangai asik tengok resepi dan sibuk nak masak2 dah macam perangai mak-mak. WHAT? Mak-mak kata kau. Choiii. 



No comments:

Post a Comment