HOW TO ORDER

Thursday 23 October 2014

ESP ooo ESP

Apa itu ESP? 

ESP adalah makanan nutrisi. ESP Shaklee Non-GMO dihasilkan dari kacang soya yg dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

Sejujurnya ESP ni memang fevret I setiap hari. Disebabkan ESP ni jugak la I jatuh cinta dengan Shaklee. ❤️💗💋

Kebaikan ESP 


Semua kebaikan di atas I dah rasa kecuali milk booster dan kesuburan tu la. Hehe. 

Resepi ESP

Banyak resepi yang uols boleh pelbagaikan dengan ESP tapi ada T&C nya tauu:
1. Jangan bancuh dengan air panas. Sebab air panas akan hilangkan protein dan khasiat yang ada dalam ESP. 
2. Jangan lebih 3 sudu besar ESP sehari. Apa2 yg kita lakukan pun mesti bersederhana betul? 





Amacam kecur liur tak? I suka ESP ni dibancuh sejuk2. Yummy! 😋😋😋

Testimoni ESP

Bukan I je yg dah rasa BEST nya ESP ni. Orang lain pun sama tau. Jom kita tengok; 





Ha tengok Watson Nyambek pun amalkan ESP. Tak kenal ke? Arghh teruk la uols ni pergi google sendiri. 

Promo ESP

Bulan Oktober ni sempena bulan Harijadi I Shaklee berbesar hati nak bagi offer ESP ni kat kita semua tauu. 


Ha apa tunggu lagi, promosi ni sampai 31.10.2014 je tau! Lepas tu korang nangis air mata darah sekali pun takkan dilayan. 😜


Yang tu semua dah ada tuan tau. 😃

Mazlila Mazelan
Pencinta tegar ESP.😘

Tuesday 23 September 2014

Mahalnya Supplemen!

Masa I fresh grad baru start kerja bila orang cerita pasal Supplemen ni memang terdetik di hati. Ish mahal lah. Habislah duit gaji aku. Baik shopping kasut ke baju ke tambah koleksi office attire tak pun koleksi nak berjalan. 

Lepas tu, jalan2 kat mall ada lah offer facial package. Macam best je I pun terus subscribe. Tapi still rasa tak puas hati. Sebab bila seminggu lepas facial tu ok la muka nampak fresh. Lepas tu berminyak2 balik nampak kusam penat jerawat tak payah cakap la kan. 

Pastu terfikir and google, penting jugak kut supplemen ni. I pun try brand xxx. Dah dekat 3,4 botol makan takde perubahan pun. Hmm give up! Kalau gaji I 5 angka memang dah pergi Dr Ko rasanya time tu. 

Sampai lah satu hari I pergi rumah kawan baik masa diploma. Dia pun cerita la pasal Shaklee ni. Baik utk kulit bla bla. Masa tu I cakap takpela nanti lah dulu. Dalam hati "mahal sangat!" 

I dah stat rasa penat keje siang malam, then I teringat pada my friend yg I kenal di ICMGTS. Dia ni memang segar je sepanjang course 2 bulan tu. Kitorg yg lain bila kelas lepas lunch je mula lah mata masing2 jadi sepet. Terus contact dia tanya dia makan apa, dia cakap dia minum ESP. I deal terus COD kat Shah Alam.

Tak sampai sebulan makan weh bestnya. Ni ubat kuat ke apa ni. Bg tenaga tak rasa penat. And the best part I manage to loss my weight. OMG!! 

Dari situ mula lah I mencari apa lagi produk Shaklee yg best, yg WAJIB cuba. Bulan ni add on sikit bulan depan beli lagi. Sampai lah sekarang. 



Paling fevret. ESP!!! Breakfast wajib setiap pagi. 


Vit C dan Alfalfa (jamu moden) supplemen I untuk tengahari.


Nak kulit nampak segar, Vit E & GLA setiap malam. Period dan hormon pun lebih teratur. I gilirkan Vit E & GLA. 


Telan Oste sebelum tidur, esok pagi bangun FRESH! Buang air pun mudah. 

Mahal ke supplemen ni kalau dengan consume supplemen boleh bantu kita utk beribadat, cari rezeki lebih, rasa lebih sihat dan dapat extra pakej pulak tu cantik dan kurus. 

Contoh: ESP RM150 tahan untuk 2 bulan,RM75 sebulan. Bahagi dengan 30 hari RM2.50. Uols breakfast nasi lemak atau bihun goreng campur dengan segala macam lauk dah RM3. Amacam mahal ke? 

Vitamin C RM92.50 tahan 6 bulan. Satu botol ada 180 biji. 92.50 bahagi 6=RM15.40. Bahagi 30 hari RM0.52 sehari. Mahal ke? Uols punya rokok sekotak je dah lebih RM10.

Renung-renungkan dan selamat beramal. Peace! 

Thursday 18 September 2014

Perangai Mak-Mak Katanya.

Assalamualaikum & Selamat Petang semua...

First time ni I berblog melalui apps 'Blogger' through phone. Sementara tunggu bos I, meh la main conteng2 kat blog yg dah berasap ni. 

I sekarang ada satu habit which is OBSES memasak. Sebelum ni pun I memang rajin masak. Ehem. Tapi takde la sampai tahap nak carik resepi2 baru. Masak yg simple2 je lah asalkan kenyang perut. 

Ni semua selepas I join satu group kat FB Resepi Ringkas ( pengaruh Ummi Suzi lah ni 😜). Mak aii hari-hari diorg ni rajin upload gamba dan resepi2. Mau I tak terliur. 

Mula-mula I buat Choc Moist cake. Sanggup beli steamer semata nak buat kek ni. Padahal tahun depan nak kawin kan boleh tunggu org bagi hadiah. Ok perasan 🙊. 


Deco memang out tapi rasa dia marvellous ok utk beginner macam I. 


Amacam, tempting tak? 


Nah ni resepi utk uols yg nak mencuba. 

Tak habis setakat tu, selang beberapa hari I masak Nasi Lemak Kukus. Alang-alang dah beli steamer kan baik gunakan sepenuhnya. Senang je masak Nasi Lemak Kukus ni, mula2 masak dalam periuk nasi macam biasa, bila nasi dah nak kering tu uols pindahkan ke dalam pengukus. Biarkan sampai dia masak. Setel! 



Actually nak buat sambal sotong tapi tah kenapa dia hari I cari sotong tak jumpa. 

Untuk lunch tadi, I masak ikan bawal masak sweet sour and sawi goreng. Bila I masak? Malam tadi laa. Tak penat ke? Penat la jugak tapi puas hati masak sendiri. Makan kat luar dah la mahal rasa pun tah kemana-mana. Kalau hari2 makan luar tahun depan pun belum tentu I dapat kawin. 😂😅. 


Beli ikan bawal sebab ada offer kat AEON, kalau tak jangan harap nak makan ikan mahal. Haha


Selain dari makan Vitamin Shaklee, kena jugak makan sayur-sayur ni. 😊


Tunang I kata perangai asik tengok resepi dan sibuk nak masak2 dah macam perangai mak-mak. WHAT? Mak-mak kata kau. Choiii. 



Saturday 5 July 2014

VIVIX @ SIRAP SHAKLEE

Assalamualaikum semua.

Macam mana puasa uols semua? Puasa bukan setakat tahan lapar dan dahaga je tau. Mulut, kaki, tangan, hati semua lah kena puasa sekali. Eh Cik Glam ni membebel pulak. Masuk je bulan baru, SID (Shaklee Independent Distributor) semua excited nak tahu apa lah promo bulan ni. Promo bulan ni adalah Vivix @ Sirap Shaklee.

Apa kebendanya Vivix tu?



Vivix adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh=tumbuhan lain. Dalam Vivix ni ada ramuan yang dipanggil resveratrol yang bersifat anti oksida, anti inflamasi dan anti kanser. Kajian saintifik menunjukkan resveratrol sangat memainkan peranan penting dalam memanjangkan usia kerana ia dapat melawan penuaan pada tahap sel.

Apa fungsi resveratrol ni?

  • Melindungi jantung
  • Mengelakkan blood clot atau pun darah beku
  • Menjaga kesihatan pembuluh darah
  • Meningkatkan kadar kolestrol BAIK dalam tubuh badan
  • Membantu kita sentiasa awet muda (macam Rita Rudaini uols, dia pun consume tau!)
  • Membantu memperbaiki kesihatan pesakit kencing manis/diabetes

TESTIMONI VIVIX



Ha amacam best betul? Vivix Shaklee bertambah best bulan ni sebab vivix tengah promo beli 6 percuma 1. Apa yang uols akan dapat?

  1. PERCUMA 1 BOTOL VIVIX
  2. FREE POSTAGE
  3. FREE MEMBERSHIP

For best price and free consultation jangan segan silu untuk hubungi Cik Glam:

Mazlila 
Shaklee Independent Distributor
010-2422790
mazlilamazelan@yahoo.com


Sunday 29 June 2014

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, Cik Glam masih lagi diberi kesempatan untuk menyambut Ramadhan yang penuh keberkatan ni. Syukur! :)

Gambar ihsan En Google


For those yang tak pernah mengenali diri ini, Cik Glam atau nama sebenarnya Mazlila. Apahal Glam? Suka hati aku lah. Ok kasar sangat, tahu lah orang Melaka. Sebab Cik Glam suka segala benda yang membuatkan diri ini dan orang lain nampak Glamour seiring lah dengan nama blog iols kan GlamFeverever. Gituuu!

Dan salah satu ciri-ciri untuk menjadi Glam dengan consume Shaklee lah of course! Rasanya tak perlu nak cerita panjang lebar pasal Shaklee ni. Mana-mana boleh nampak even billboard kat highway pun ada. Ok cerita pasal Shaklee kita buat entri lain.

Benda yang paling famous amous bila bulan Ramadhan ni of couse lah Bazar Ramadhan kan. Tapi frankly speaking Cik Glam tak berapa minat ke bazar ramadhan. Dah la ramai orang, makanannya belum tentu lagi sedap. Opps!

Sempena first day Ramadhan ni, of course lah Cik Glam mengambil kesempatan pulang ke kampung untuk menyambut Ramadhan bersama keluarga tersayang. Tahun depan belum tentu lagi dapat bersama, sobs sobs. Harini ibu Cik Glam yang sememangnya pakar dalam bab memasak ni masakkan kami Asam Pedas Ikan Tenggiri sebagai menu buka puasa hari ini. Nyum nyum. Barulah Melaka wehh.

Gambar ihsan En Google lagi, lauk sebenar masih dalam periuk :D

Ha, dah kecur liur lah tuu. Ingat Cik Glam tak nampak. Ok lah membebel untuk hari ini, nanti kita sambung entri lain. Cik Glam nak masak nasi pulak, kang ada yang meratah lauk je pulak. Selamat berbuka puasa untuk yg berpuasa. Jangan makan kenyang sangat kang tak larat nak solat terawih. Ramadhan setahun sekali je, so jom kumpul pahala banyak-banyak. Enjoice!

Mazlila 
010-2422790
Agent Shaklee yang turut sama berpuasa.