HOW TO ORDER

Thursday 30 October 2014

Birthday Celebration & Pre Wedding Photoshoot


Assalamualaikum. Apa khabar semua?

Harini I mood bunga2 cinta so kite bagi entry yg seiring dengan mood I ok. Sila jangan muntah. Hahaha. 

17.10 yg lepas merupakan harijadi I yang ke 24. Muka je tua tapi umo I baru 24 tau. So biasa la dah tua2 ni don't expect much pun on my birthday. As long as family, kawan2 dan yg tersayang sentiasa mendoakan kebaikan I itu lah hadiah paling bermakna. 

Beberapa hari sebelum birthday Dayat dah bagitau nak ajak dinner. Kena bagitau awal2, kang jenuh kalau I ada kelas kan. So I said ok then, I will cancel my class on that day. I ingatkan makan2 biasa setakat pizza hut dan seangkatan dengannya. Candle light dinner at Bora Ombak rupanya. Auchh. 

It's exactly sama macam entry Fatin Suhana entry yg I duk ulang baca tah ke berapa kali dengan harapan I pun dapat dinner cenggitu. Kahkah. I taknak duk ulang cerita dinner tu, sila rujuk blog beliau. So I think Dayat tengok recent history I ke cane I am not sure tapi yg pasti it's weird for me to accept yg he did all these things for me. Anyway Thanks Dayat. I love you so much! Hiks.

Menu pada malam tersebut, not bad. :)


Disebabkan takde org nak tolong ambil gambar kami, ambillah gambar sendiri2. :P

A week before my birthday, kitorang ada pre wedding photoshoot with Ministry of Moment team. Booking dah lama dah masa diorang bukak promo bulan 4 dulu. and harini I dah dapat dah DVD hantar terus ke ofis melalui PosLaju. Thanks MOM! It was a great service and uols please please lah rebut promo diorang tu kalau nampak kat FB. Ada 990 shot altogether, juling bijik mata I nokk. So ni antara favourite shot I. Enjoice!

Let's grow old together. >3

He's mine ok. Tengok je boleh. Hehe.

Tudung serabai maklumlah photog lelaki kisah pulak dia dgn tudung aku. Haha
Memang tak sejiwa langsung bab hp. Haha

Yang ni gang I kata paling sweet, yeke?

My favourite shot.
Dayat's favourite shot.


Ok dah la tu kang muntah berdarah korang. Thanks Haz layankan kitorang yg memang tak pandai langsung utk berposing but it turn out to be this. Semoga kite berjumpa lagi utk next event. 

Alamak dah 8.15 nak pergi kelas ni. Tataaa uols. 

Sunday 26 October 2014

Happy New Year 2014

Assalamualaikum & Happy weekend guys!

Ohh tak berapa nak happy lah sebab esok Monday dah kerja. Sobs. 

Setelah lebih setengah tahun tak tengok movie tadi I ada movie date dgn Dayat. Selama ni date kami date kerja kerja dan kerja. And movie date td pun tak dirancang. Bangun pagi golek2 atas katil sambil belek IG then nampak Pak Nil review pasal movie ni; Happy New Year. 

Terus Google pasal movie ni then I feel like macam best jekk, Whatsapp Dayat ajak tengok movie then dia terus On. Kebetulan harini both of us free (bukan senang kami nak free on weekend). 

Then we decide to go to Wangsa Walk sebab tak banyak cinema yang ada cerita ni. I taknak cerita langsung pasal cerita ni sebab uols WAJIB tengok. BEST giler. I bagi 5 stars!! Sebab cerita ni sarat dengan pengajaran yang diselitkan juga dengan komedi.

Antara pengajaran yang I dapat dalam cerita ni:

  1. There's only 2 kind of person in the world winner and looser. So dalam hidup ni kita cuma ada 2 pilihan untuk berjaya atau tidak. Nak berjaya atau tak semua terletak atas pilihan kita. Contoh; nak jadi kaya then usaha sampai kaya. Kerja lebih, cari sales lebih dan sebagainya. 
  2. Fate is a formality. Nasib tu dah memang nasib tapi kita mampu mengubahnya. Keluarga kita susah itu memang nasib tapi kita mampu berusaha untuk mengubah nasib keluarga kita dan generasi seterusnya.
  3. Its ok to lose but don't lose respect. Kita dah berusaha sehabis daya nak berjaya dalam apa yg kita buat tapi ditakdirkan kita tak dapat kejayaan tu takpe tapi jangan sampai orang hilang rasa hormat pada kita. 
  4. Family first. Kita mampu untuk menghadapi segala cabaran dan rintangan jika kita letakkan keluarga di hati.
  5. Teamwork. Apa pun kerja yang kita lakukan teamwork is a must. Takkan berjaya kerja sorang-sorang. 
  6. Sayangi bangsa dan negara kita. Walau ke mana pun kita pergi setinggi mana pun kita jangan kita lupa asal usul kita. Proud to be Malaysian!
  7. Sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Kalau hidup tu menipu orang kejenya ingatlah takkan selamanya uols di atas. 
And banyak lagi sebenarnya yang tak tertulis. I really want uols to watch the movie. It really worth your penny and times. Sebab tu I taknak tulis sikit pun sinopsis cerita ni. I harap satu hari nanti ada produser Malaysia yg mampu hasilkan karya terbaik macam ni. Boringlah asik cerita cintan cintun, kawin paksa, mat rempit, cerita hantu, cerita anak Dato Tan Sri. Please get into reality. Berapa ramai je Malaysian yg anak org kaya?  



Anyway, SRK makin hensem uolss. Makin tua makin kacak. Hikhik. Done for today esok kerja. Zzzz. 

Thursday 23 October 2014

#throwback Tunang

Mood berblog membuak2 disebabkan kelas tuition yg dicancelkan malam ni. Kalau I tak tanya, takde pun dia nak bagitau takde kelas. Kite je yg risau dia nak SPM. Sigh. 😪

Ok abaikan. Yg mana nak dibantu, kita bantu sehabis mungkin. Kawan baik I nak tunang this coming Saturday. Yeayyyyy!!!! Tapi malangnya I tak dapat hadir sebab ada kelas. Sobs. 

teaser baju tunang beliau

baby blue itu comellll

Ahhh comelnye baby blue ituu. Dengan teaser bagai. Selamat bertunang Nyet! Dugaan tunang ni maha dasyat tau, so kena cepat2 kawin. Haha.

Buatkan I rasa nak tunang lagi sekali tengok persiapan Nyet ni. Hehe. 

So let's #throwback kenangan bertunang. 

Ni masa sebelum majlis tunang berlangsung, tetiba hujan lebat kesian diorang. ;(
Last touch-up. Thanks Kak Eny buatkan I jadi meletops hari tu, hehe

Senyum sampai telinga tu memang tak boleh cover. haha

Sepupu sepapat yg comel yg sibuk merewang jugak. Thanks korang!!

And here, My Fiance. :)


Kurang lebih 3 bulan je lagi untuk kesinambungan majlis pertunangan I (walimatul urus lahh). Terima kasih semua atas segala sumbangan tenaga dan wang ringgit secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Tungguuu next jemputan ok! 


Ikhlas,
Bakal pengantin yg tak habis prepare lagi. 😂

ESP ooo ESP

Apa itu ESP? 

ESP adalah makanan nutrisi. ESP Shaklee Non-GMO dihasilkan dari kacang soya yg dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

Sejujurnya ESP ni memang fevret I setiap hari. Disebabkan ESP ni jugak la I jatuh cinta dengan Shaklee. ❤️💗💋

Kebaikan ESP 


Semua kebaikan di atas I dah rasa kecuali milk booster dan kesuburan tu la. Hehe. 

Resepi ESP

Banyak resepi yang uols boleh pelbagaikan dengan ESP tapi ada T&C nya tauu:
1. Jangan bancuh dengan air panas. Sebab air panas akan hilangkan protein dan khasiat yang ada dalam ESP. 
2. Jangan lebih 3 sudu besar ESP sehari. Apa2 yg kita lakukan pun mesti bersederhana betul? 





Amacam kecur liur tak? I suka ESP ni dibancuh sejuk2. Yummy! 😋😋😋

Testimoni ESP

Bukan I je yg dah rasa BEST nya ESP ni. Orang lain pun sama tau. Jom kita tengok; 





Ha tengok Watson Nyambek pun amalkan ESP. Tak kenal ke? Arghh teruk la uols ni pergi google sendiri. 

Promo ESP

Bulan Oktober ni sempena bulan Harijadi I Shaklee berbesar hati nak bagi offer ESP ni kat kita semua tauu. 


Ha apa tunggu lagi, promosi ni sampai 31.10.2014 je tau! Lepas tu korang nangis air mata darah sekali pun takkan dilayan. 😜


Yang tu semua dah ada tuan tau. 😃

Mazlila Mazelan
Pencinta tegar ESP.😘