HOW TO ORDER

Tuesday 23 September 2014

Mahalnya Supplemen!

Masa I fresh grad baru start kerja bila orang cerita pasal Supplemen ni memang terdetik di hati. Ish mahal lah. Habislah duit gaji aku. Baik shopping kasut ke baju ke tambah koleksi office attire tak pun koleksi nak berjalan. 

Lepas tu, jalan2 kat mall ada lah offer facial package. Macam best je I pun terus subscribe. Tapi still rasa tak puas hati. Sebab bila seminggu lepas facial tu ok la muka nampak fresh. Lepas tu berminyak2 balik nampak kusam penat jerawat tak payah cakap la kan. 

Pastu terfikir and google, penting jugak kut supplemen ni. I pun try brand xxx. Dah dekat 3,4 botol makan takde perubahan pun. Hmm give up! Kalau gaji I 5 angka memang dah pergi Dr Ko rasanya time tu. 

Sampai lah satu hari I pergi rumah kawan baik masa diploma. Dia pun cerita la pasal Shaklee ni. Baik utk kulit bla bla. Masa tu I cakap takpela nanti lah dulu. Dalam hati "mahal sangat!" 

I dah stat rasa penat keje siang malam, then I teringat pada my friend yg I kenal di ICMGTS. Dia ni memang segar je sepanjang course 2 bulan tu. Kitorg yg lain bila kelas lepas lunch je mula lah mata masing2 jadi sepet. Terus contact dia tanya dia makan apa, dia cakap dia minum ESP. I deal terus COD kat Shah Alam.

Tak sampai sebulan makan weh bestnya. Ni ubat kuat ke apa ni. Bg tenaga tak rasa penat. And the best part I manage to loss my weight. OMG!! 

Dari situ mula lah I mencari apa lagi produk Shaklee yg best, yg WAJIB cuba. Bulan ni add on sikit bulan depan beli lagi. Sampai lah sekarang. 



Paling fevret. ESP!!! Breakfast wajib setiap pagi. 


Vit C dan Alfalfa (jamu moden) supplemen I untuk tengahari.


Nak kulit nampak segar, Vit E & GLA setiap malam. Period dan hormon pun lebih teratur. I gilirkan Vit E & GLA. 


Telan Oste sebelum tidur, esok pagi bangun FRESH! Buang air pun mudah. 

Mahal ke supplemen ni kalau dengan consume supplemen boleh bantu kita utk beribadat, cari rezeki lebih, rasa lebih sihat dan dapat extra pakej pulak tu cantik dan kurus. 

Contoh: ESP RM150 tahan untuk 2 bulan,RM75 sebulan. Bahagi dengan 30 hari RM2.50. Uols breakfast nasi lemak atau bihun goreng campur dengan segala macam lauk dah RM3. Amacam mahal ke? 

Vitamin C RM92.50 tahan 6 bulan. Satu botol ada 180 biji. 92.50 bahagi 6=RM15.40. Bahagi 30 hari RM0.52 sehari. Mahal ke? Uols punya rokok sekotak je dah lebih RM10.

Renung-renungkan dan selamat beramal. Peace! 

Thursday 18 September 2014

Perangai Mak-Mak Katanya.

Assalamualaikum & Selamat Petang semua...

First time ni I berblog melalui apps 'Blogger' through phone. Sementara tunggu bos I, meh la main conteng2 kat blog yg dah berasap ni. 

I sekarang ada satu habit which is OBSES memasak. Sebelum ni pun I memang rajin masak. Ehem. Tapi takde la sampai tahap nak carik resepi2 baru. Masak yg simple2 je lah asalkan kenyang perut. 

Ni semua selepas I join satu group kat FB Resepi Ringkas ( pengaruh Ummi Suzi lah ni 😜). Mak aii hari-hari diorg ni rajin upload gamba dan resepi2. Mau I tak terliur. 

Mula-mula I buat Choc Moist cake. Sanggup beli steamer semata nak buat kek ni. Padahal tahun depan nak kawin kan boleh tunggu org bagi hadiah. Ok perasan 🙊. 


Deco memang out tapi rasa dia marvellous ok utk beginner macam I. 


Amacam, tempting tak? 


Nah ni resepi utk uols yg nak mencuba. 

Tak habis setakat tu, selang beberapa hari I masak Nasi Lemak Kukus. Alang-alang dah beli steamer kan baik gunakan sepenuhnya. Senang je masak Nasi Lemak Kukus ni, mula2 masak dalam periuk nasi macam biasa, bila nasi dah nak kering tu uols pindahkan ke dalam pengukus. Biarkan sampai dia masak. Setel! 



Actually nak buat sambal sotong tapi tah kenapa dia hari I cari sotong tak jumpa. 

Untuk lunch tadi, I masak ikan bawal masak sweet sour and sawi goreng. Bila I masak? Malam tadi laa. Tak penat ke? Penat la jugak tapi puas hati masak sendiri. Makan kat luar dah la mahal rasa pun tah kemana-mana. Kalau hari2 makan luar tahun depan pun belum tentu I dapat kawin. 😂😅. 


Beli ikan bawal sebab ada offer kat AEON, kalau tak jangan harap nak makan ikan mahal. Haha


Selain dari makan Vitamin Shaklee, kena jugak makan sayur-sayur ni. 😊


Tunang I kata perangai asik tengok resepi dan sibuk nak masak2 dah macam perangai mak-mak. WHAT? Mak-mak kata kau. Choiii.